Hari Jumaat, penghulu segala hari..
Arini aku masih sakit perut.. dari petang semalam...meniti sepanjang malam. membawa ke subuh, terus ke pagi ini. perut aku ni memulas-mulas.. apakah yg telah terjadi??... aku silap makan ke.. keracunan makanan ke atau aku tak makan? atau.. tak de orang yang nak blanja aku makan?? hahaa... atau mungkin juga aku runsing memikirkan sesuatu?.. boleh jadi jugak sbb aku pernah pergi klinik endoskopi 2,3 bulan lepas sebab gastrik.. doc buat skop, masuk wayar dalam perut aku melalui mulut..nasib baik melalui mulut.. kalau ikut *jubo??? haa..kawan aku kena buat skop masuk wayar ikut *jubo.. bukan main2.. bukan tipu ye.. aku risau gak kalau doc tu dok belek2 *jubo aku tu nanti.. adoiyaii.. jgn!!! aku masih teruna suci.. tapi aku tak sedar dah masa tu.. bius.. nasib baik .... doc cakap aku gastrik bukan sbb perut kosong atau salah makan ke hape.. dalam perut aku byk asid.. salah satu puncanya mungkin runsing fikir mcm2... betul ke? tak kot... gila ke hape nk runsing2 ni.. tapi doc lebih tahu...... apa-apa pun aku harap sakit perut aku ni akan berakhir la secepat mungkin.. tak tahan sangat dah ni.... sakit.... rasa macam dicucuk cucuk je...
*jubo = sejenis kueh tradisional yang amat sedap dimakan.
rasa macam kena cucuk dgn jarum mcm ni la.. tapi ni bukan perut ai ye.. perut ai ketul2... harap maklong....
Pagi ni cuaca mendung aje.. macam semalam jugak tapi tak hujan... kat tapak pembinaan ni sunyi sepi je.. dimanakah buruh-buruh yang lain?.. tgh sarapan ke?.. atau masih tidur kesejukan?..
ni la yang dikatakan 'tido tak hengat donia'
cuba baca sket petikan ni :
Perlu bijak memilih hartanah
MEMBELI harta khususnya untuk didiami sememangnya satu usaha yang memerlukan banyak masa, tenaga, wang, penyelidikan dan strategi pelaburan yang baik. Apatah lagi jika membeli hartanah sebagai pelaburan untuk masa depan.
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Harun pernah berkata, “Jika orang muda diberi pilihan antara memiliki rumah dan kereta pada harga yang sama, selalunya mereka lebih mudah memilih kereta walaupun ia susut nilai.”
Kenyataan yang disampaikan beliau amatlah benar khususnya untuk pemuda bandar yang lebih percaya dengan harta bergerak seperti kenderaan, telefon bimbit atau kamera digital berbanding harta tidak bergerak seperti bangunan dan tanah.
Lazimnya pilihan untuk membeli hartanah berbentuk rumah timbul hanya apabila seseorang itu sudah berumah tangga, tiada tempat tinggal atau sudah lama hidup menyewa.
Gaya hidup kurang bijak
“Sebaik mendapat pekerjaan yang baik, mereka terus melabur pada kenderaan mewah, pakaian berjenama, kad kredit, menyewa rumah yang luas dan menjalani kehidupan yang selesa. Tetapi mereka mungkin tidak terfikir untuk melabur wang pada rumah atau bangunan kerana ia dilihat sebagai kepentingan selepas berkeluarga atau kepentingan fasa seterus kehidupan,”
‘jika pemuda-pemudi bersikap sebaliknya iaitu melabur pada hartanah, ia mungkin satu tindakan paling bijak kerana ia bukan sahaja boleh di jadikan kediaman, malah pelaburan pada hartanah juga boleh menjana pendapatan yang lumayan jika disewakan atau dijual kembali selepas beberapa tahun.
................................ betul la tu pada pendapat aku... semalam ada borak2 dgn member2 pasal nk beli rumah. Aku tanya lar dorang, tak nk beli umah ke masa muda2 ni?.. dan dorang jawab - 'buat masa ni aku tak minat nk beli lagi,. dah kawin baru la pikir'... mcm tu plak.. boleh ke.. boleh ke...bukan tak mampu tapi tak terpikir lagi..... adoi.. kenapa la korang tak nk pikir dari sekarang.... aku tak la cakap aku ni bijak atau pandai sgt.. tapi sekurang kurangnya aku dah ada sebijik rumah (walaupun kecik dan tinggi tak jejak tanah) hasil titik peluk aku sendiri. Ni la aset yang aku ada untuk masa depan aku. Kalau ada rezeki nk beli sebijik lagi!!! hahahaha.... mampooo ke?? InsyaAllah.ok, dah,... aku tak nak cerita pasal org lain ..aku nk cerita pasal aku.. pasal umah aku.. mari kita tgk apa yg telah aku buat untuk rumah kesayangan aku ni ye... dari mula masuk (kosong tanpa pengubahsuaian) sampai la ke hari ini.
jeng..jeng.. jeng...
sinki kat dapo..
balkoni kat bilik utama
dapur yang masih 'gersang' tanpa perabot
baru nak buat table top
pasang plaster syiling kat ruang tamu
haaa... dah siap dah 20%
yey.. dah bleh letak pinggan dan gelas dah..
ruang tamu masa mula2.. pasni terus berubah
balkoni.. heheh letak je kusi kat situ mcm ada couple je.. tapi dok sorang2 sambil mengisap ...
isap okok laa...
balkoni lagi..
semuanya tanam pokok yg tak bley nak dimakan.. pas ni nak tanam pegaga mcm kat umah zul... uish ??? zul lagi... jgn marah ye.. ko kan gojes..sumber inspirasi..
kabinet dapo yg dah hampir siap 98%.
abaikan sampah sarap itu..hehehe
susunatur ruang tamu yg diubah setelah bosan dgn susunan lama
masa ni baru pasang wallpaper
sama seperti diatas
sama juga tapi dalam mood yang berbeza
dan lagi...
haa.. ni yang terbaru setelah bosan dgn yg lama..
sama juga..
lagi.. saje letak pokok2 supaya sejuk mata memandang.. memandangkan umah aku mmg tak ada ekon..
hahaha tak mampoo...
dan yang last skali... tak mo tepek byk2..
TUJUAN AKU LETAK GAMBAR KAT ATAS NI BUKAN UNTUK MENUNJUK NUNJUK ATAU BERLAGAK... CUMA UNTUK BERKONGSI DENGAN YANG BERMINAT SAHAJA...hasil titik peluh sebagai seorang buruh binaan dengan gaji halal yang tak seberapa.


lawa umah....ni kena pi singgah ni..heheh
ReplyDeletebiasa je.. umah zul lagi lawa... jemput datang raya nanti ye.. kalau dtg hari tak raya tak ada makan2... hehehehe....
ReplyDelete