Monday, January 17, 2011

KeHilangaN.. KArisMA...

Semalam aku telah kehilangan Karisma kesayangan aku.. Karisma tu 'bini' pertama aku.. aku dah mula tergoda dengan Karisma sekitar Disember 2003.. Fuh!!! lama tu.. hampir 10 tahun dah.. dgn Karisma tu la aku xcident, Karisma tu la aku bawak jumpa makwe yang aku ada sekarang ni .. dan Karisma tu jugak la ada jantan-jantan diluar sana ngorat ... hahahaha...  jantan tasik!!!

Dibayar mas kawinnya dgn hasil titik peluh ku sendiri setelah setahun bekerja sebagai buruh binaan... mmg aku syg gila la Karisma aku tu..
Sebenarnya Karisma aku tu dah lama aku tak 'ROMEN'.. bukan apa.. bukan berlagak atau bukan lupa daratan ke hape.. sejap ada teman wanita baru', aku tak romen langsung dia.. hahahaha... mmg mengada kan... aku letak biarkan dia kat umah aku tu sejak aku mula pindah rumah baru tu sampai la ke hari smlm aku tak pernah borak, henjut-henjut mahupun gosok2 belai Karisma aku tu..  masalahnya Karisma aku tu dah tak mcm sblm2 ni.. sejak buat aku xcident aritu on the way nk gi keje, (ada la 2,3 parut kat lutut dan lengan yg mengingatkan aku pada Karisma kesyangan aku ni) aku dah malas nk ajak gi mana2.. asyik merajuk dan buat hal je.. 

Wahai Karisma kesayangan ku.. aku akan merinduimu... nanti aku tepek gambar kau ye.. nak carik dalam album jap balik nanti.. haahahha....  semoga ko akan disayangi oleh org yg akan menjaga kau nanti...








........................ Karisma tu sebenarnya aku ceraikan dia pada pukul 2 pagi 17 Januari 2011 dan aku hantar kat adik aku di Johor.  Suruh adik aku 'servis' sbb dah lama aku tak 'servis' dia.. kalau dah cantik, body mantap dan bergetah semula, Dia akan dihantar ke kampung untuk ayah aku bwk gi pasar temankan dia beli ikan dan sayur....  biar orang kampung jeles dengan ayah aku... hahahah... mak aku tak heran la.. dia lagi bergetah katenye....

2 comments: